Yup! Penyusuan susu ibu telah tamat sepenuhnya setelah hampir 2 tahun 6 bulan.. Permata hati saya 100% free from breastmilk! sedih memang sedih, tapi ini kenyataan yang harus ditelan oleh ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu...proses wean off juga menyaksikan air mata saya gugur lebih banyak dari 'tekad' dan 'azam' yang telah saya tanamkan untuk menghadapi saat sukar ini.
Ya Allah,
Terima kasih kerana kau makbulkan doaku untuk menyusukan anak ini sehingga berusia 2 tahun..
Walau dalam kepayahan kau tetap permudahkan perjalanan penyusuan ini.
Walau penuh jerih, kau tetapkan hati ku untuk meneruskan penyusuan ini...
Buat Airell dani permata hati mama...
Terima kasih syg.. kerna menjadi partner penyusuan yang baik dan mendengar kata..
Mama sentiasa halalkan setiap titis susu mama yang melalui tekakmu syg..
Mama tidak mengharapkan sebarang pahala sebagai ganjaran menyusukanmu,
Cuma mama harapkan dengan berkat susu ini...
Allah perelokkan budi pekertimu dan terangkan hati mu nak....
Mama sentiasa doakan anak mama ini akan menjadi seorang yang budiman...
Ketahui lah wahai anak ku Airell Dani..
Walau Airell Dani mama tidak lagi melekap di dada mama..
Tapi cinta seorang ibu ini akan sentiasa mengalir dalam tiap titisan darahmu...
Mama selalu rindukan kamu tetapi mama redha..
5 sok sek....:
weii..ajar camner ko wean kan si ayel ni..imran da 2thn 4bln lum nk wean lg..lg dia mintak ada la..(susu tgh lebat n sedap kan)
noa..
kalau imran nak minum tu, biarkan je..sian dia..ayel ni sebab dia nak memerap je..nak mengempeng..hehhe..
sebelum wean off,shakey slalu ckp kat ayel..klu nk g school tak leh minum susu tetek lagi..lama2 dia xmo la,sbb dia xsabar nak soh school kan dia.. :p
Phentermine...
nice post thanks for sharing.
http://www.PhentermineHome.com/
tahniah!! takpaa..dah lebih 2tahun dah..
leh plan for new squishy laa :)
insyaallah.. berkat doa seorg ibu & keikhlasan si ibu menyusukan anaknya, pasti 1 hari nanti airell akan jadik insan yg b'guna kpd agama, bangsa & negara.. amin..
Post a Comment