Assalamualaikum..
Ya, ini entry pertama untuk tahun 2011. Lama dah saya tak menulis. Blog sengaja saya privatekan sebab malas nak update. Perlukah ? :p
Hurm..Sekarang kehidupan agak caca merba sebab dah mula belajar balik dan masih belum dapat membiasakan diri menjadi student dan mak orang dalam satu masa :) Walaupun belajar secara jarak jauh tapi kelas setiap weekend amat meletihkan..dan rumah pun rasa macam dah tunggang langgang..hehe
Thanx kat yayah yoyel sebab banyak tolong uruskan kehidupan saya dengan lebih baik :p
Next month dah final exam dan assignment yang bersusun-susun masih tak siap-siap buat saya rasa macam nak pergi tidur sekarang T___T
Perit rupanya belajar bila dah berumahtangga.. Tapi Alhamdulilah orang-orang di sekeliling sentiasa memberi kata-kata semangat yang tinggi. Thanx mama (mak mertua) jagakan yoyel semasa saya di kuliah. Belajar dengan anak yang masih kecil memang kelakar, mana tidak..baru nak buka buku yoyel dah menjerit nak menyusu badan. Penamatnya, saya tertidur terus disebelah Yoyel.. :)
Apapun, saya bahagia bergelar pelajar.. dan pada masa ini saya amat rindukan ayel...Malam ni ayel tidur di rumah mertua. Malam ni juga saya menumpukan perhatian pada kerja-kerja sekolah yang masih tak siap-siap..tapi hati dan fikiran berkeceramuk teringatkan ayel. huhu
anak bujang saya - 2 tahun 2 bulan
okla.. stop sekarang. Nak pergi basuh pinggan mangkuk di dapur kemudian nak tidur kejap. Mengantuk la, esok nak kerja nanti tertidur pulak kat meja opis.. :p

5 sok sek....:
chaiyok2 kak ima u can do it... :D
kelas kt mne k.ima? kat cheras ke kat serdang tu?
thanks cidot...
kelas kak ima kat KL..
F2F je kat serdang. :)
owh....ponat la jgek nk trn kl tu...inchek somi ker nganto? ke k.ima drive p sane?
oo patut lama tak nmapk..:-)
gud luck
shdot- kak ima xberani drive.. kdg2 p sendiri..kdg2 cik somi antakan :)
rose-tu la sepi je kan :p
tq rose :)
Post a Comment