Tuesday, October 12, 2010

subuh buta dah membakar Oreo Snickers Cheese Cake

Pagi ni jam 2 saya terjaga daripada dtidur.. Ni ayel la punye pasal.. gara-gara nak tidur kan dia saya pun terlajak sama. Terpaksa la bangun juga sebab dah janji pada diri sendiri hari ni kena bakar cheese cake juga. Kalau nak tunggu esok jawabnya bakar dalam hati je la.. Oreo untuk based cake tu dah disiapkan awal tadi. Kesian dia duduk sorang-sorang dalam fridge :)

Ni second cheese cake yang saya buat seumur hidup... first cheese cake adalah blueberry cheese cake yang tak perlu dibakar. Hanya sejukkan didalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan. Masa tu kembang kempis hidung ni sebab mak dan adik beradik puji sedap..keke

Second cheese cake ni cuba resepi lain pula.. walaupun sebenarnya agak keberatan nak cuba yang bakar membakar ni tapi snickers punya pasal malas tolak ke tepi. Tak tau lagi jadi atau tak cheese cake kali ni sebab dia tengah duduk dalam peti sejuk.Petang ni balik keje baru keluarkan dan tengok hasil. Kalau jadi, petang ni baru buat chocolate ganache untuk curah atas cheese cake kemudian sediakan sos karamel untuk dicurahkan diatas coklat ganache itu. Nampak seperti lazat tapi kena tengok dulu hasilnya. kalau tak jadi cheese cake tu, harap-harap jiwa ini takkan sentap ok,hehe.

So mari kita berdoa supaya hasilnya akan baik-baik sahaja petang karang :)

Oreo snickers cheese cake aku cabar kau..
(baca dialog ni macam filem KL MENJERIT)

2 sok sek....:

EIJAM'S FAMILY said...

insya-Allah jadi nanti cheese cake tue..yummy...

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

ok jangan lupa bawak pejabat esok.. lau dak akak majuk... huhuhuhuhu