Tuesday, October 12, 2010

Ragam anak

  • Ayel sekarang ni dah 1 tahun 9 bulan. Lagi 2 bulan dia kan mencecah 2 tahun :)
Sejuk perut yang mengandung ni bila tengok ayel membesar dengan sihat depan mata. Alhamdulilah.
Thank You Allah....

Ayel dah pandai bercakap. Dia dah pandai buat ayat dengan menggunakan 3-4 patah perkataan. Itu yang paling menggembirakan hati saya sebab kami berdua dapat berkomunikasi dengan baik. Dan saya faham apa yang dia cuba sampaikan. Masa checkup 1 tahun 6 bulan pun nurse cakap ayel agak cepat bercakap. Saya bersyukur sebab Allah lancarkan lidahnya dan moga Allah turut lancarkan lidahnya untuk membaca Al-Quran nanti. Amin

Buat masa ni ayel bahasakan diri dia Yuyel.  Ok la, sebab nama tu pun macam comel :) Kadang-kadang orang sekeliling dia pun panggil je la dia yuyel.. saje nak amik hati ayel :)

Saya rasa macam ayel dah bersedia untuk potty training sejak Ramadhan. Sebab dia dah boleh bagitau setiap kali nak poo poo. Masa berhari raya ke rumah orang pun dia boleh tarik tangan saya ajak pergi toilet sebab dia nak poo poo. Cuma saya ni je yang tak bersedia lagi sebab rasa macam ayel masih kecil dan dia hanya bagitau kalau nak melepaskan hajat je tapi nak buang air kecil dia masih senyap-senyap je lagi hehehhe.... Mungkin selepas angka 2 baru saya nak mulakan potty training untuk dia..InsyaAllah. Mungkin ini hikmahnya saya bercloth-diaper selama ni. Terasa berbaloi keringat saya mencuci CD ayel.. :)
Buat ibu yang teringin untuk potty tariningkan anak mungkin boleh refer link ni.

sebelum saya berhenti menulis, nak berkongsi dialog anak beranak :)

Mama : M
Ayel    : A

M: Ayel nak adik?
A: Taknak (sambil geleng-geleng kepala)
M: Ala, Kalau ada adik..ayel nak berapa orang?
A: Enam

hahhaha... lawak ok.. bila tanya, taknak adik..bila ada, nak enam terus. jenuh la mama nak jaga tujuh anak termasuk ayel. Suploh kali tanya pun memang dia akan jawab enam.. :)

1 sok sek....:

CuppyCakeMommy said...

yuyel nnk 6..bg je 6..hehehe