Petang tadi tak sempat nak dengar perbentangan budget tapi bernasib baik la masa Buletin Utama tadi sempat juga la dengar point-point yg penting juga madah-madah PM.. :)
Banyak juga point yang menarik dan yang paling menarik sekali masa pemberita tu bagitau ada berita yang menggembirakan untuk wanita dan automatik la kat screen TV tu paparkan pic ibu dan anak dengan highlight 90 hari. Terus rasa macam ..."wahhhhhhh"
Tapi bila dengar berita sepenuhnya, rupanya cuti tu dari 60 hingga 90 hari. Terpulang pada kakitangan awam wanita untuk memilih jangkamasa cuti bersalin bergaji penuh tidak lebih dari 90 hari supaya jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan perlulah tidak lebih dari 300 hari.
60 hari x 5 = 300 hari
tapi kalau setiap kali bersalin nak cuti 90 hari cukupla kot kalau 3 kali bersalin.
3x bersalin = 270 hari.
Pastu anak ke empat cuti 30 hari dan anak ke lima cuti tanpa gaji..keke
oh, aku kecewa :( ..tapi takpela, sebab sekurang-kurangnya lepas ni boleh ajak yayah ayel lak buat perbentangan budget untuk masa depan. Kena pandai-pandaila kasi adjust supaya cukup 300hari. Tapi ayel cakap dia nak adik 6 orang. Nampaknya kena potong gaji la..hehehe
Kesimpulannya janganla setiap kali bersalin nak ambil 90 hari :)
Thanks PM untuk pembentangan budget 2011 ini. Semoga semua rakyat Malaysia berpuashati dan sama-sama menikmati pembangunan negara. Semoga kakitangan awam juga lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas.
1 sok sek....:
bila start aplikasi cuti bersalin 90 hari ni?
sy due bln 11, rs2 dpt x cuti 90 hari hehe
Post a Comment