Wednesday, August 10, 2011

lemon honeydew

Bulan-bulan puasa ni bercerita pasal makan dan minum untuk berbuka adalah heaven! Kat opis ni, tengahari-tengahari sikit kang da kecoh la memasing sibuk bertanya juadah untuk berbuka. Masa ni la kaum-kaum isteri nak tunjuk kepakaran memasak yang tersembunyi pada suami. Habis semua resepi.net, blog-blog masak kena terjah...dan yang lagi best..ada siap pergi MPH semata cari buku resepi :)

Hari ni saya just nak share resepi air yang super yummy! Resepi from Majalah Wanita...

Bahan utama: ( untuk 1 jug air )

1. Tembikai susu


2. Lemon

3. Air masak

4.Gula pasir


6. Ais


Cara-cara:

1. Blend setengah biji tembikai susu yg telah dipotong kecil)  + gula + air
2. Campurkan hasil blend ke dalam jug ( terpulang citarasa sama ada nak tapis atau tidak)
3. Tambah lagi air, perah sebiji lemon dan tambah ais.

Sedap..cuba la :)

Monday, August 8, 2011

Resepi mudah: udang goreng mentega - butter prawn

gambar hasil google ok!


Minggu lepas saya ngan kawan-kawan opis gigih buka you tube semata nak tengok cara-cara masak..hahaha
Berhasil sedap dan lazat :)
so, jom kita share resepi dan kredit kepada pemilik youtube iaitu chef da lupa nama ape...huhu sori eh :p

Bahan-bahan:
Udang 10 ekor
planta
2 tangkai daun kari
garam dan gula
2 butir kuning telur yang telah dipukul
6 tangkai cili padi

Cara-cara:
1. 1 senduk planta dicairkan, kemudian tambah 1/2 senduk minyak. Masukkan telur dan kacau tanpa henti. Untuk dapat hasil yang terbaik guna chopstik. kalau xde, guna 4 batang lidi sate :) Bila sudah berjaring dan kekuningan keemasan, angkat dan toskan minyak.

2. Panaskan minyak, anggaran untuk menggoreng udang. Goreng sehingga udang masak tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan toskan.

3. Panaskan 1 senduk mentega. Apabila mentega cair, masukkan daun kari dan cili padi yg telah dipotong. Goreng jgn terlalu garing kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila gula dan garam telah cair, boleh masukkan udang tadi.

4. Angkat udang mentega ke dalam pinggan. Taburkan telur tadi diatas udang. Sedia untuk dihidangkan.

Terbaik la resepi ni. Siyes sedap... try tau... :)



Sunday, August 7, 2011

memulihkan kulit muka yang rosak

Lama tak update belog ni..Tiba-tiba update terus nak tulis sal kulit muka yang rosak..hehe
Dua bulan yang lepas saya try produk HADA LABO kaler putih.. 1 set saya beli sekali ngan krim,toner,pecuci muka, dan spray bagai.. pakai lebih kurang dalam sebulan habis muka jadi teruk...sedih sangat! Dekat pipi naik tompok-tompok putih macam panau, muka jadi kering dan jerawat di pipi dan dagu...huh!

Terus stop. Dan tak pakai apa-apa produk terus. Cuma yang terfikir dalam hati adalah nak perbaiki struktur kulit balik.. Terbeban perasaan bila jadi macam ni, rasa rendah keyakinan berdepan dengan orang :(

Saya cuba petua ini : menggunakan timun sbagai bahan utama- refer entry sebelum ini
Hasilnya bertambah baik dari sebelum ini. Tompok-tompok putih semakin hilang dan jerawat semakin mengecut.

Selain dari cara tu saya juga buat masker muka sendiri. Tetap juga guna timun, hehe
Parut-parut jerawat makin pudar cuma matlamat saya adalah nak bagi pulih balik macam sebelum ni..huhu

BAHAN-BAHAN
1 susu makan air parutan timun (timun yang dibuang kulit di parut)
2 sudu makan susu tepung ( apa2 brand pun boleh)
1 sudu makan madu

CARA: gaul semua bahan sehingga tidak berketul. Bancuhan ni agak melekit sebab ada madu. Sapu dengan jari di kulit muka yang sudah dibersihkan. (bersih muka dengan pencuci kemudian bilas dengan air suam) Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air paip dan bilasan terakhir boleh guna air suam.

Saya biasanya sapu dan terus tido. Pagi bangun baru basuh. Jangan lupa minta izin suami bagi yang dah berkahwin ya! Nanti kang suami tak selesa pulak tido sebelah isteri yang bertopeng..hehehe

Saturday, July 16, 2011

malaysia vs arsenal


Tengokla betapa bersemangatnye pakcik kecik ni nak pergi tengok bola..:p
Kami sokong Malaysia tau...ni datang dengan penuh semangat walau sepanjang jalan asyik jumpa penyokong Arsenal je..hihihi

Sampai sini lebih kurang pukul 6 petang tapi jalan dah sesak dan parking pun dah tak ade so parking la tepi highway..jalan yang hujung sekali dah nak masuk simpang masuk highway putrajaya balik...Lenguh kaki menapak.. Ayel pun dah toleh-toleh belakang tengok mama nye jalan macam siput...huhu

Dah letih...tak larat nak jalan lagi...hehehehe

Upah 100plus..terus ok... :)


First time ok saya pergi tengok bola dalam stadium.. duduk kat seat RM68 jadi kena naik tingkat 3..tengok pun dari jauh..jeles je kat orang yang bayar mahal dapat duduk tingkat bawah.. takpe la, tiket yang kitaorang dapat ni pun tiket free je...thanks ye sinar fm....hehehe

Yoyel bukannye nak tengok bola sangat pun..main game je keje nye...


dah pandai godek-godek cari game sendiri...

Dah jemu main game, suruh layan dia pulak.. hilang fokus mama tau.. tak dapat nak tengok betul-betul..huhu



Hurm..layan je la...kang dia kacau yayah dia, kesian pulak kat yayah tak fokus... Dah la yayah kena jadik tukang kipas kitaorang berdua..panas kat sini..hehehe

Ni masa nak balik semula ke kereta, letih la menapak jauh2..so siap bersantai-santai la kat atas jalan tar...Kitaorang keluar awal sebab tak sanggup nak bersesak..masa tu Malaysia baru kena belasah 3-0.. Kesimpulannya, tak la best sangat layan bola kat stadium. Dah la nampak pemainnye kecik-kecik dari jauh je, pastu panas, bau asap rokok, letih kena menapak, bingit telinga dengar hon pon pon hehehehhe..

tapi, kalau dapat tiket free, akan datang je  :p

Tuesday, June 28, 2011

Penyusuan susu ibu terhenti disini.... *tears*

Yup! Penyusuan susu ibu telah tamat sepenuhnya setelah hampir 2 tahun 6 bulan.. Permata hati saya 100% free from breastmilk! sedih memang sedih, tapi ini kenyataan yang harus ditelan oleh ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu...proses wean off juga menyaksikan air mata saya gugur lebih banyak dari 'tekad' dan 'azam' yang telah saya tanamkan untuk menghadapi saat sukar ini.

Ya Allah,
Terima kasih kerana kau makbulkan doaku untuk menyusukan anak ini sehingga berusia 2 tahun..
Walau dalam kepayahan kau tetap permudahkan perjalanan penyusuan ini.
Walau penuh jerih, kau tetapkan hati ku untuk meneruskan penyusuan ini...

Buat Airell dani permata hati mama...
Terima kasih syg.. kerna menjadi partner penyusuan yang baik dan mendengar kata..
Mama sentiasa halalkan setiap titis susu mama yang melalui tekakmu syg..
Mama tidak mengharapkan sebarang pahala sebagai ganjaran menyusukanmu,
Cuma mama harapkan dengan berkat susu ini...
Allah perelokkan budi pekertimu dan terangkan hati mu nak....
Mama sentiasa doakan anak mama ini akan menjadi seorang yang budiman...

Ketahui lah wahai anak ku Airell Dani..
Walau Airell Dani mama tidak lagi melekap di dada mama..
Tapi cinta seorang ibu ini akan sentiasa mengalir dalam tiap titisan darahmu...
Mama selalu rindukan kamu tetapi mama redha..

Tuesday, March 29, 2011

3rd anniversary

Selamat Ulangtahun ketiga untuk saya dan suami.. :)
Melangkah ke usia ketiga perkahwinan buat hati saya berbunga-bunga.. Moga perkahwinan ini akan membawa saya dan suami ke syurga akhirat, amin.

Buat suami,
Hanya satu yang boleh saya ungkapkan ..
" You complete me! "

Untuk Allah S.W.T..
Syukur Ya Allah kerana kurniakan rumahtangga ini.. Kau berkatilah rumahtangga ini sehingga keluarga kami mencium bau syurgamu... Amin

Wednesday, March 23, 2011

Penyusuan susu ibu

salam petang rabu..

Minggu ni last bersukaria sebab minggu depan da final exam-sekejap je rasanya.
Hujung minggu ni presentation dan yang bestnya tajuk presentation itu adalah "penyusuan susu ibu" dan bagi menambah perisa keseronokan adalah salah seorang ahli kumpulan adalah student lelaki yang masih bujang turut akan bentangkan peranan bapa dalam menjayakan penyusuan ibu...harap-harap presentation akan berjalan dengan baik dan tutor tak kedekut bagi markah.. turut berharap, semua rakan-rakan dalam kelas dapat share ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ini. Dan yang paling penting jangan la saya tergagap-gagap masa perbentangan nanti. Harapan semua ilmu yang dikorek masa menjalani kursus MBfPC dapat dikeluarkan sehabis baik. Mudah-mudahan..

Actually tajuk penyusuan susu ibu ni dah lama terpendam dalam fikiran untuk presentation cuma tak terluah sebab risau student lelaki tu tak nak pulak. Tapi bila saya utarakan tajuk ni dia pulak yang lebih-lebih setuju dan cakap tajuk ni sangat menarik dan boleh bagi banyak informasi pada rakan-rakan yang akan mendengar nanti. ahh.lega sangat dan terima kasih sgt pada kawan-kawan group yang memang sporting dan sama-sama mencari bahan untuk presentation ni..

Doakan kami ya! Semoga disamping menuntut ilmu, kami juga turut berkongsi ilmu yang berguna ini..
I love brestfeeding ... :)

p/s: Alhamdulilah ayel masih menyusu dengan susu ibu walau telah menjangkau angka 2.. walau banyak kata-kata sinis tapi saya hanya akan hentikan bila ayel sendiri yang MENOLAK susu ibu... terima kasih pada yang sentiasa berdiri disisi dan terima kasih juga kepada mereka yg beri 'nasihat utk hentikan penyusuan setelah berusia 2 tahun' . Sekurang-kurangnya saya tahu ada yang prihatin :p